Program Advokasi Klik Dengan Bijak @ SMKDO

12 Julai 2017 | Rabu
11.00 pagi – 3.00 petang | Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn, Simpang Lima 83020, Batu Pahat, Johor

Tujuan:
Program Advokasi KDB telah berlangsung dengan jayanya di SMK Dato Onn Batu Pahat dengan penyertaan seramai 262 peserta terdiri daripada pelajar dan guru. Selain PI1M Sg Nibong, program ini turut dikelolakan bersama PI1M Taman Nira, Rengit Indah dan Parit Salleh Ros. Program KDB diisi dengan sesi taklimat berkenaan Hak Warga Digital, Maklumat Palsu dan Mobile e-Waste. Selain itu, sesi kuiz dan soal jawab turut dilaksanakan pada program kali ini. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Hamidon bin Said selaku Guru Penolong Kanan HEM SMK Dato Onn atas kesudian menerima kunjungan kami bagi misi meyampaikan mesej dan maklumat berkaitan kempen-kempen yang sedang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Kelebihan:
1. Menyampaikan pesanan penting kepada pengguna media digital supaya lebih berhemah dalam menggunakan kemudahan teknologi.
2. Menggalakkan aktiviti kitar semula e-Sisa dalam kalangan masyarakat.
3. Memupuk sikap bertanggungjawab memastikan kesahihan maklumat sebelum menyebarkan dan berkongsi sebarang maklumat yang diterima dari pihak tidak berkelayakan.

Perlaksanaan aktiviti:
1. Menyampaikan mesej/kempen yang telah dirangka oleh pihak SKMM kepada masyarakat.
2. Memberi kesedaran dan memupuk amalan menggunakan kemudahan teknologi dengan berhemah.
3. Mempromosikan fungsi dan kemudahan Pusat Internet 1 Malaysia.

Aktiviti berkaitan:
1. Penerangan mengenai Tanggungjawab Warga Digital, Maklumat Palsu dan kitar semula e-Sisa.
2. Sesi soal jawab.
3. Penyampaian Hadiah.
4. Sesi Fotografi.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





kembali ke halaman utama