PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Tempat Aktiviti:
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Tujuan Aktiviti :
• Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja.
• Pengguna dibenarkan hadir ke PI tanpa membuat temujanji terlebih dahulu.
• Penggunaan komputer di PI pula hanya boleh digunakan untuk tempoh maksima dua (2) jam sahaja.
• PI tidak boleh dijadikan tempat perhimpunan komuniti atau tempat pengumpulan barangan bagi mana-mana pihak berkepentingan. Sebarang aktiviti advokasi di dalam dan luar premis PI perlu ditangguhkan sehingga 31 Ogos 2020 atau selepas menerima arahan seterusnya daripada pihak SKMM.
• Bagi program latihan yang memerlukan peserta berada secara fizikal di PI, kakitangan PI perlu memastikan syarat penjarakan sosial dipatuhi dan mewajibkan pemakaian penutup mulut dan hidung oleh para peserta. Jumlah maksima peserta adalah 10
• Inisiatif tambahan yang melibatkan sentuhan atau komunikasi jarak dekat dan berisiko menyebabkan jangkitan seperti inisiatif saringan kesihatan KOSPEN adalah tidak dibenarkan.

Kelebihan Aktiviti :
• Bagi mencegah dan memutuskan rangkaian virus covid-19

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :