LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT MEMPROSES MAKANAN(FAMA) RENGIT

Aktiviti terkini | 15 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
FAMA RENGIT

Ringkasan Aktiviti :
Program ini adalah program Bersama komunti PEDi Taman Rengit Indah. Program ini telah disertai seramai 13 orang Komuniti yang terdiri daripada usahawan-usahawan PEDi termasuk pengurus, penolong pengurus dan rakan digital. FAMA ataupun Pusat memproses makanan terletak kira-kira 10km sahaja daripada PEDi.

Tujuan :
Program ini bertujuan menambah pengetahuan dan pengalaman tentang keadaan di kilang memproses makanan, dan membolehkan usahawan memerhati, menyelidik dan merekod. Selain itu juga , usahawan dan para staf PEDi diberi penerangan tentang cara-cara pemprosesan makanan dan produk agroculture

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• 09:00 pagi: Berkumpul di FAMA Rengit
• 09:15 pagi: Ucapan kata-kata aluan dan penerangan tentang Program oleh Pengurus dan Pegawai FAMA
• 09: 45 pagi : Lawatan bermula. Melawat tempat memproses air cordial rosele.
• 10:45 pagi : penerangan oleh Pegawai Pemasaran iaitu Puan Faridah mengenai produk cara proses makanan
• 11:00 pagi : Para pelawat di bawa masuk ke agro bazar FAMA
• 11.15 pagi : Penerangan oleh Pengurus FAMA tentang sejarah FAMA dan objektif FAMA
• 12:00 t/hari : jamuan makan
• 12.30 pagi : Penyampaian cenderahati kepada Pegawai FAMA dan pelawat
• 01:00 t/hari : Lawatan tamat

Kelebihan Aktiviti :
• Para usahawan dapat belajar cara menghasilkan produk yang berkualiti
• Memberi pengetahuan dan maklumat cara pemprosesan makanan dan pemasaran yang betul

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :