PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN BERSAMA KANAK-KANAK TABIKA PERPADUAN TAMAN RENGIT INDAH

Aktiviti terkini | 17 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
FACEBOOK PEDI TAMAN RENGIT INDAH

Ringkasan Aktiviti :
Pertandingan Mewarna ini diadakan sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang tidak Lama lagi iaitu pada 31 Ogos 2022. kanak-kanak Tabika Perpaduan Taman Rengit Indah dikehendaki mewarna kertas lukisan yang bertemakan Hari Kemerdekaan pada tahun ini iaitu “Keluarga Malaysia teguh bersama”.

Tujuan :
• Tujuan Pertandingan ini diadakan adalah kerana untuk memberi semangat patriosme dan cinta akan Negara. Pertandingan ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengasah bakat Mereka dalam mewarna.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• 09:45 pagi: Persediaan tempat dan persediaan untuk Pertandingan Mewarna
• 10:00 pagi: Ucapan kata-kata aluan dan penerangan tentang Pertandingan oleh Pengurus PEDi
• 10: 10 pagi : Nyanyian lagu-lagu Kemerdekaan Oleh kanak-kanak Tabika Perpaduan Taman Rengit Indah
• 10:45 pagi : Pertandingan mewarna dimulakan
• 11:30 pagi : Masa Pertandingan tamat
• 11.45 pagi : Penyampaian hadiah kemenangan kepada kanak-kanak yang telah memenangi Pertandingan Mewarna serta cenderahati kepada peserta Dan guru Tabika
• 12:00 t/Hari : Pertandingan tamat dan bersurai

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi semangat jiwa merdeka Dan sayangkan Negara
• Memberi peluang kepada kanak-kanak mengasah bakat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :