PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) ANJURAN BERSAMA PEDi TAMAN NIRA DI SK SERI SINARAN

Aktiviti terkini | 18 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
DEWAN TERBUKA SK SERI SINARAN

Ringkasan Aktiviti :
Program KDB memberi maklumat tentang aktiviti terlebih kongsi, maklumat palsu, buli siber,pengantunan dalam talian serta penipuan di internet iaitu penipuan kewangan. Program ini memberi ilmu dan pengetahuan supaya lebih peka tentang maklumat-maklumat palsu, tidak terlebih kongsi maklumat diri, tidak menjadi pembuli siber ataupun cara mengelakkan menjadi mangsa buli siber serta tidak menjadi mangsa penipuan yang akan mengakibatkan kerugian.

Tujuan :
Tujuan Program KDB ini diadakan adalah kerana untuk memberi pendedahan tentang keselamatan internet kepada pelajar supaya tidak menjadi mangsa-mangsa di interent serta dapat menggunakan internet dengan cara yang betul dan berhemah.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• 09:45 pagi: Persediaan tempat dan persediaan untuk Program KDB
• 10:00 pagi: Ucapan kata-kata aluan dan penerangan tentang Program oleh Pengurus PEDi dan guru SK Seri Sinaran
• 10: 10 pagi : Program KDB dimulakan
• 11:10 pagi : Taklimat KDB berakhir
• 11:15 pagi : Kuiz KDB
• 11.45 pagi : Kuiz berakhir
• 12:00 t/Hari : Program tamat dan bersurai

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pengetahuan supaya tidak menjadi mangsa penipuan di internet.
• Memberi pengetauan dan maklumat tentang internet supaya dapat menggunakan dengan cara yang betul serta klik dengan bijak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :