KELAS SHOPEE SHOP BERSAMA USAHAWAN TEKUN ANJURAN RD PEDI TAMAN RENGIT INDAH, PEDI SG NIBONG DAN PEDI HJ GHAFFAR

Aktiviti terkini | 24 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
BILIK LATIHAN ICT PEDI TAMAN RENGIT INDAH

Ringkasan Aktiviti :
Program ini adalah program bersama di antara Rakan Digital daerah Batu Pahat iaitu RD PEDi Taman Rengit Indah, RD Sg Nibong dan RD HJ Ghaffar. Program ini melibatkan usahawan daripada TEKUN iaitu seramai 7 orang usahawan. Mereka belajar cara menjual di shopee dan membuka kedai “shopee”.

Tujuan :
Program ini bertujuan memberi Latihan dan pengetahuan kepada usahawan TEKUN untuk membuka kedai di shopee dan cara menjual barangan mereka di shopee.Dengan adanya kelas ini, mereka dapat menambah pendapatan di samping mendapat ilmu dengan cara yang betul untuk mempromosikan produk mereka.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• 09:00 pagi: Persedian tempat dan slide kelas Shopee oleh Rakan Digital
• 09:15 pagi: Ucapan kata-kata aluan dan penerangan tentang Kelas Shopee oleh RD Pedi Taman Rengit Indah iaitu Puan Fakhriah.
• 09: 30 pagi: Kelas Shopee bermula dengan tajuk Pengenalan Shopee dan cara membuka akaun shopee
• 10:45 pagi: rehat
• 11:00 pagi : Kelas Shopee bersambung dengan tajuk cara memuat naik gambar di Shopee dan cara menjual
• 12.30 t/hari : sesi soal jawab
• 01:00 petang : sesi bergambar
• 01.30 petang : kelas tamat
• 01:00 t/hari : Lawatan tamat

Kelebihan Aktiviti :
• Para usahawan dapat belajar cara membuka kedai dan menjual produk mereka
• Memberi pengetahuan dan maklumat cara menjual dengan betul

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :