PROGRAM CERAMAH KEUSAHAWANAN DAN KLIK DENGAN BIJAK (CYBERSAFE) BERSAMA PELAJAR ADTEC, BATU

Aktiviti terkini | 8 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Sri Nilam, Adtec Batu Pahat

Ringkasan Aktiviti :
Program pada bulan ini adalah ceramah keusahawanan dan klik dengan bijak bersama pelajar ADTEC, Batu Pahat. Program ini adalah gabungan di antara PEDi Taman Rengit Indah, Taman Nira dan Hj.Ghaffar . Program ini juga turut disertai oleh pihak Celcom-Digi.


Tujuan :
• Program ini bertujuan untuk memberi ilmu kepada peserta supaya dapat mempelajari asas keusahawanan dan kesematan Ketika menggunakan internet. Selain itu juga, mereka dapat mengisi masa lapang dengan membuka perniagaan secara dalam talian dan secara tidak langsung dapat menjana pendapatan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• 08:30 pagi : Pendaftaran pelajar ADTEC
• 09:00 pagi : Ceramah keusahawan dan klik dengan bijak oleh Puan Fakhriah , Rakan Digital Taman Rengit Indah
• 09:45 pagi : Sesi soal jawab bersama pelajar ADTEC.
• 10:00 pagi : Penerangan tentang celcom-digi oleh Encik Amran dari celcom-Digi.
• 10:15 pagi : Pemberian simkad celcom dan digi percuma kepada pelajar ADTEC.
• 10:30 pagi : sesi bergambar dan program tamat.


Kelebihan Aktiviti :
• Para pelajar dapat mempelajari cara asas membuka perniagaan dalam talian dan platform-paltform yang disediakan.
• Memberi pengetahuan dan maklumat cara menggunakan internet dengan selamat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :