PERTANDINGAN KUIZ SILANG KATA KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini | 8 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
BILIK LATIHAN ICT PEDI TAMAN RENGIT INDAH

Ringkasan Aktiviti :
Aktiviti bulanan pada bulan ini adalah pertandingan teka silang kata klik dengan bijak. Pelajar menonton video-video klik dengan bijak iaitu terlebih kongsi, maklumat palsu, buli siber dan penipuan kewangan. Selepas itu, mereka dikehendaki menjawab kuiz teka silang kata yang telah disediakan dengan masa yang telah ditentukan.

Tujuan :
Pertandingan ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang cara yang betul menggunkan internet serta keselamatan internet. Selain itu, mereka juga tidak akan menyalah gunakan internet supaya klik dengan bijak.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• 02:30 petang: Persedian tempat alatan untuk pertandingan
• 02:45 petang: Ucapan kata-kata aluan dan penerangan tentang pertandingan oleh Pengurus PEDI.
• 03: 00 petang: Tayangan video-video klik dengan bijak (oversharing,maklumat palsu, buli siber dan penipuan kewangan)
• 03:30 petang : Pertandingan teka silang kata dimulakan
• 04:00 petang : Pertandingan tamat
• 05:00 petang : Penyampaian hadiah kepada pemenang dan sagu hati

Kelebihan Aktiviti :
• Para pelajar dapat megasah minda dalam pertandingan teka silang kata.
• Memberi pengetahuan dan maklumat cara menggunakan internet dengan selamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :