BENGKEL ASAS E-DAGANG ( SHOPEE, TIK TOK SHOP DAN FACEBOOK MARKET PLACE) BERSAMA PELAJAR GIATMARA BATU PAHAT ANJURAN BERSAMA PEDI TAMAN NIRA DAN TAMAN RENGIT INDAH.

Aktiviti terkini | 1 & 2 November 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Nira, Batu Pahat

Ringkasan Aktiviti :
• Program pada bulan ini adalah bengkel asas e-dagang seperti kelas asas Shopee, Tik tok Shop dan Facebook Marketplace. Bengkel ini diadakan di PEDi Taman Nira dan anjuran bersama PEDi Taman Rengit Indah yang melibatkan seramai 29 pelajar Giatmara Batu Pahat. Bengkel ini diadakan selama 2 hari.


Tujuan :
• Meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi secara digital terutamanya penggunaan aplikasi yang digunakan untuk menjalankan perniagaan.
• Membantu pelatih Giatmara menggunakan kemahiran sedia ada untuk menjalankan perniagaan secara atas talian.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
9.00 pagi – 9.15 pagi : Sesi Pendaftaran
9.15 pagi – 9.30 pagi : Pengenalan Usahawan Digital
9.30 pagi – 12.30 : Pengenalan Asas Shopee
12.30 t/hari – 2.00 petang : Rehat
2.00 petang – 3.45 petang : Pengenalan Tik Tok Shop
4.00 petang – 5.00 petang : Facebook E-Marketplace


Kelebihan Aktiviti :
• menambah pengetahuan mengenai perniagaan secara digital selepas tamat pembelajaran di Giatmara.
• Memberi ilmu pengetahuan tentang penggunaan internet.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :