PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti terkini | 19 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Rengit Indah

Ringkasan Aktiviti :
Program pada bulan ini adalah Sambutan hari kemerdekaan bersama masyarakat setempat. Pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan mewarna, kuiz dalam talian bersama ibu bapa dan kanak-kanak serta pertandingan membuat kraftangan bertemakan kemerdekaan.. selain itu, cabutan bertuah juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi program.


Tujuan :
• Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan bersama Masyarakat setempat selain dapat mempromosikan Pusat ekonomi Digital Malaysia. Program ini juga diadakan bagi menyambut bulan kemerdekkan yang jatuh pada 31 ogos pada setip tahun.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• 09:30 pagi: Persedian tempat dan pendaftaran pengunjung
• 09.50 pagi: Ucapan daripada Pengurus PEDi tentang program yang akan dijalankan.
• 10.00 pagi : Pertandingan mewarna dimulakan dengan bertemakan kemerdekaan.
• 10.30 pagi : Pertandingan membuat kraftangan untuk peringkat dewasa dan kanak-kanak
• 11.30 pagi : Pertandingan kuiz kemerdekaan dalam talian untuk dewasa
• 12.00 t/hari : Pertandingan kuiz kemerdekaan dalam talian untuk kanak-kanak
• 12.30 t/hari : Penyampaian hadiah kepada pemenang dan hadiah cabutan bertuah
• 1.00 petang : Program tamat dan bersurai


Kelebihan Aktiviti :
• Masyarakat setempat dapat mempelajari erti dan pengetahuan tentang kemerdekaan.
• Memberi pengetahuan dan maklumat cara menggunakan internet dengan selamat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :