AKTIVITI MEMBUAT DAN MENGHIAS ROTI SANDWICH BERSAMA PELAJAR PEDI TAMAN RENGIT INDAH

Aktiviti terkini | 29 September 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Rengit Indah

Ringkasan Aktiviti :
Program pada bulan ini adalah aktivit membuat dan menghias roti sandwich. Aktiviti ini adalah salah satu aktiviti yang dapat memberi pengetahuan asas cara menyediakan makanan dengan cara yang mudah..selain itu juga, aktiviti ini dapat mengasah kemahiran pelajar dalam membuat sandwich mengikut kepakaran masing-masing dalam menghias sandwich mereka.


Tujuan :
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang cara penyediaan makanan dengan mudah tanpa menggunakan pelbagai bahan. Mereka juga dapat mengenal bahan-bahan yang perlu ada dalam penyediaan pembuatan sandwich. selain itu , pelajar juga dapat berdikari untuk membuat sendiri sandwich apabila berada di rumah.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• 03:30 petang: Persedian bahan-bahan membuat sandwich dan penerangan tentang aaktiviti.
• 03.50 petang: Aktiviti membuat sandwich bermula.
• 04.30 petang : Aktiviti tamat.
• 04.40 petang : pelajar menerangkan dan menunjukkan hasil sandwich yang telah mereka hasilkan.
• 05.20 petang : penilaian oleh pengurus
• 05.30 petang : sesi makan sandwich yang telah mereka hasilkan.


Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar dapat belajar cara penyediaan makanan yang sihat serta mudah.
• Pelajar dapat mengasah minda mereka dengan menggunkan kemahiran asas dalam menghias sandwich.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :