PROGRAM LAWATAN YB KE PEDI MENGENAI SISTEM PADU

Aktiviti terkini | 18 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Rengit Indah

Ringkasan Aktiviti :
• Program pada bulan ini adalah lawatan daripada YB Tuan Hj Onn Bin Abu Bakar, Ahli parlimen Batu Pahat mengenai sistem PADU. Selain itu, program ini juga disertai oleh Ketua Pegawai Perangkaan dan staf yang turut membantu bagi mengisi maklumat dan mengemaskini di dalam sistem PADU.

Tujuan :
• Melihat perjalanan proses pengemaskinian PADU di PEDi
• Memastikan semua Masyarakat terutamanya penduduk luar bandar boleh mengakses system PADU dan mengemaskini maklumat mereka.

Butiran-Butiran Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 2.30 petang : Penyediaan tempat
• 3.30 petang : Ketibaan YB Tuan Hj Onn Abu Bakar
• 3.30 – 04.30 petang : Sesi lawatan di PEDi
• 04.30 – 4.50 petang : Jamuan
• 5.00 petang : YB bertolak pulang

Kelebihan Aktiviti :
• Menambah ilmu pengetahuan mengenai system PADU.
• Membantu mempromosikan sistem PADU serta PEDI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :