Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Rengit asal nama daripada sejenis nyamuk atau agas. Sebab di kawasan ini dulunya, masa nak buka penuh dengan nyamuk dan agas. Itulah salah silah sejarah dapat namanya hingga ke hari ini. Rengit ni antara pekan yang agak membangun sebabnya boleh dikatakan semua ada di sini.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM JALINAN INSAN WAHANA ASPIRASI (JIWA) MADANI@MERDEKA
Aktiviti Terkini | 2 September 2024Memperkukuhkan jaringan komunikasi bersama komuniti setempat...........................baca selanjutnya
KELAS ICT- MEMASUKKAN “TABLE” DI DALAM MICROSOFT WORD
Aktiviti Terkini | 9 Ogos 2024Pelajar diberi pendedahan untuk membuat contoh sebutharga syarikat perniagaan sendiri dengan menggunakan microsoft word..........................baca selanjutnya
KELAS ICT- TULISAN KALIGRAFI MENGGUNAKAN MICROSOFT EXCEL
Aktiviti Terkini | 1 Julai 2024Pelajar diberi pendedahan untuk membuat nama dan pelbagai perkataan menggunakan microsoft excel.........................baca selanjutnya
KELAS ICT- MEMBUAT ROBOT MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD
Aktiviti Terkini | 14 Jun 2024Memperkenalkan bentuk-bentuk yang ada di dalam microsoft word kepada pelajar........................baca selanjutnya
KELAS ICT- PENGENALAN KEPADA MICROSOFT WORD
Aktiviti Terkini | 28 Mei 2024Memperkenalkan kepada asas microsoft word kepada pelajar.......................baca selanjutnya
KELAS ICT- MEMBUAT SURAT RASMI
Aktiviti Terkini | 16 April 2024Mahir membuat surat-surat rasmi......................baca selanjutnya
KELAS ICT- RUMAH IDAMAN
Aktiviti Terkini | 1 Mac 2024Melatih penggunaan tetikus komputer dengan mahir.....................baca selanjutnya
KAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI DAN PENDAFTARAN PADU OLEH PEJABAT PERANGKAAN BATU PAHAT.
Aktiviti Terkini | 28 Februari 2024Membantu komuniti setempat membuka akaun Tabung Haji secara percuma tanpa perlu pergi ke bank dan mendaftar PADU....................baca selanjutnya
PROGRAM LAWATAN YB KE PEDI MENGENAI SISTEM PADU
Aktiviti Terkini | 18 Januari 2024Melihat perjalanan proses pengemaskinian PADU di PEDi...................baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya