Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Rengit asal nama daripada sejenis nyamuk atau agas. Sebab di kawasan ini dulunya, masa nak buka penuh dengan nyamuk dan agas. Itulah salah silah sejarah dapat namanya hingga ke hari ini. Rengit ni antara pekan yang agak membangun sebabnya boleh dikatakan semua ada di sini.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024’STEM DAY’ -AKTIVITI MEMBINA BANGUNAN MENGGUNAKAN PENYEDUT MINUMAN
Aktiviti Terkini | 22 Disember 2023Meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam penghasilan bangunan yang akan dibina...................baca selanjutnya
BENGKEL ASAS E-DAGANG ( SHOPEE, TIK TOK SHOP DAN FACEBOOK MARKET PLACE) BERSAMA PELAJAR GIATMARA BATU PAHAT ANJURAN BERSAMA PEDI TAMAN NIRA DAN TAMAN RENGIT INDAH.
Aktiviti Terkini | 1 & 2 November 2023Meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi secara digital terutamanya penggunaan aplikasi yang digunakan untuk menjalankan perniagaan..................baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK DAN S.A.F.E INTERNET BERSAMA PELAJAR SK SERI MULIA DAN SMK PERMATA JAYA, RENGIT.
Aktiviti Terkini | 18 & 23 Oktober 2023Memberi penerangan tentang cara-cara menggunakan internet dengan betul dan selamat................baca selanjutnya
AKTIVITI MEMBUAT DAN MENGHIAS ROTI SANDWICH BERSAMA PELAJAR PEDI TAMAN RENGIT INDAH
Aktiviti Terkini | 29 September 2023Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang cara penyediaan makanan dengan mudah tanpa menggunakan pelbagai bahan. Mereka juga dapat mengenal bahan-bahan yang perlu ada dalam penyediaan pembuatan sandwich. selain itu , pelajar juga dapat berdikari untuk membuat sendiri sandwich apabila berada di rumah...............baca selanjutnya
PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2023Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan bersama Masyarakat setempat selain dapat mempromosikan Pusat ekonomi Digital Malaysia. Program ini juga diadakan bagi menyambut bulan kemerdekkan yang jatuh pada 31 ogos pada setip tahun..............baca selanjutnya
PROGRAM MENONTON YOUTUBE DAN MEMBUAT ORIGAMI BERSAMA PELAJAR-PELAJAT DI PEDI TAMAN RENGIT INDAH
Aktiviti Terkini | 21 Julai 2023Program ini dapat merangsang kanak-kanak dari segi fizikal dan mental, tangan dan kemahiran motor. Ini adalah cabaran bagi mereka kerana mereka perlu menghasilkan origami dalam pelbagai bentuk.............baca selanjutnya
PROGRAM CERAMAH KEUSAHAWANAN DAN KLIK DENGAN BIJAK (CYBERSAFE) BERSAMA PELAJAR ADTEC, BATU PAHAT
Aktiviti Terkini | 8 Jun 2023Program ini bertujuan untuk memberi ilmu kepada peserta supaya dapat mempelajari asas keusahawanan dan kesematan Ketika menggunakan internet. Selain itu juga, mereka dapat mengisi masa lapang dengan membuka perniagaan secara dalam talian dan secara tidak langsung dapat menjana pendapatan............baca selanjutnya
PROGRAM SYOKNYA CUTI SEKOLAH
Aktiviti Terkini | 27-29 Mei 2023Program ini bertujuan untuk memberi ilmu kepada peserta supaya dapat mempelajari kemahiran asas-asas komputer seperti Microsoft word, excel, power point, mengedit gambar, permainan Pendidikan dalam talian dan sebagainya. Selain itu juga, mereka dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat sempena cuti sekolah...........baca selanjutnya
PERTANDINGAN PUZZLE ONLINE
Aktiviti Terkini | 2 April 2023Pertandingan ini bertujuan memberi rangsangan minda dan mencerdaskan otak serta tahap pemikiran peserta.selain itu, mereka dapat berfikir secara pantas dengan dapat menyiapkan puzzle-puzzle tersebut dengan masa yang diberikan. Pemenang adalah berdasarkan masa yang pantas dalam menyiapkan puzzle online..........baca selanjutnya
PERTANDINGAN KUIZ SILANG KATA KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 8 Mac 2023Pertandingan ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang cara yang betul menggunkan internet serta keselamatan internet. Selain itu, mereka juga tidak akan menyalah gunakan internet supaya klik dengan bijak.........baca selanjutnya
KELAS ASAS SHOPEE SHOP BERSAMA USAHAWAN PELADANG ANJURAN RD PEDi TAMAN RENGIT INDAH, PEDi SG NIBONG DAN PEDi HJ GHAFFAR DENGAN KERJASAMA PELADANG RENGIT>
Aktiviti Terkini | 28 Februari 2023Program ini bertujuan memberi Latihan dan pengetahuan kepada usahawan untuk membuka kedai di shopee dan cara menjual barangan mereka di shopee.Dengan adanya kelas ini, mereka dapat menambah pendapatan di samping mendapat ilmu dengan cara yang betul untuk mempromosikan produk mereka........baca selanjutnya
KELAS SHOPEE SHOP BERSAMA USAHAWAN TEKUN ANJURAN RD PEDI TAMAN RENGIT INDAH, PEDI SG NIBONG DAN PEDI HJ GHAFFAR>
Aktiviti Terkini | 24 Januari 2023Program ini bertujuan menambah pengetahuan dan pengalaman tentang keadaan di kilang memproses makanan.......baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya