Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Rengit asal nama daripada sejenis nyamuk atau agas. Sebab di kawasan ini dulunya, masa nak buka penuh dengan nyamuk dan agas. Itulah salah silah sejarah dapat namanya hingga ke hari ini. Rengit ni antara pekan yang agak membangun sebabnya boleh dikatakan semua ada di sini.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020FACEBOOK LIVE BERSAMA USAHAWAN TEMPE
Aktiviti Terkini | 12 Disember2020Memberi peluang kepada usahawan desa untuk mempromosikan produk jualan melalui platform media sosial...baca selanjutnya
PERTANDINGAN MIKROBIT
Aktiviti Terkini | 27 NOVEMBER 2020Memberi penerangan dan penjelasan mengenai microbit.baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 4 Oktober 2020Meningkatkan kesedaran dan mendedahkan kepada pelajar tentang hak-hak mereka dalam perkhidmatan komunikasi dan multimedia....baca selanjutnya
PROGRAM MEWARNA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2020 (TADIKA PERPADUAN TAMAN RENGIT)
Aktiviti Terkini | 15 September 2020Menjelaskan bagaimana ICT dapat digunakan secara terancang dan bersesuaian dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran....baca selanjutnya
KELAS PEMBANGUNAN ICT BERSAMA GURU DAN PEMBANTU TADIKA PERPADUAN
Aktiviti Terkini | 7 Ogos 2020Menjelaskan bagaimana ICT dapat digunakan secara terancang dan bersesuaian dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru –guru....baca selanjutnya
TAKLIMAT KEBAKARAN DAN KECEMASAN ONLINE
Aktiviti Terkini |24 Julai 2020Meningkatkan kesedaran dan mendedahkan mengenai punca-punca kebakaran....baca selanjutnya
PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya
Program Kempen Kesedaran Pencegahan Kebakaran Hutan
Aktiviti Terkini |17 Februari 2020Meningkatkan kesedaran dan mendedahkan kepada semua komuniti tentang bahaya hutan terhadap alam sekitar....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini |22 Januari 2020Meningkatkan kesederan dan mendedahkan kepada pelajar tentnag hak mereka dalam perkhidmatan komunikasi dan multimedia....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya